"Kita telah memberi taklimat kepada semua Ketua Penerangan Umno Negeri untuk mengadakan pelbagai program sepanjang bulan Ramadan ini. Umno pusat akan menyalurkan peruntukan untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti termasuk berbuka puasa dan bersahur.
"Jentera bahagian Umno telah bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan diadakan pada bila-bila masa. Sehubungan itu Umno mengaktifkan PDM sebagai persediaan untuk menghadapi pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas mengadakan Majlis Nur Ramadan di kediamannya di Presint 10 di sini.
Kira-kira 100 anak-anak yatim dari Rumah Amal Belaian Kasih, Hulu Kelang, Rumah Anak Yatim, Miskin, Shifa, Setapak dan Rumah Kebajikan Al-Nasuha, Gombak hadir pada majlis tersebut.Ahmad berkata setiap bahagian Wanita, Pemuda dan Puteri akan mengambil satu PDM sebagai anak angkat untuk memastikan jentera parti mendekati pengundi di peringkat akar umbi.~bernama
No comments:
Post a Comment