Derma Untuk Dana PRU 13

Sunday, January 8, 2012

Mahathir: Negara tidak bankrap walaupun hutang sekarang ada 456 Billion....


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia perlu memastikan ia berkeupayaan dalam segala bidang terutamanya industri, aspek penting kepada negara dalam usaha mencapai status negara maju menjelang 2020.

Beliau berkata sesebuah negara tidak maju hanya kerana pendapatan per kapitanya melonjak sehingga US$40,000 (US$1=RM3.18).

"Begitu juga kalau GDP (Keluaran Dalam Negara Kasar) mereka begitu tinggi, itu belum menjamin negara mereka maju," katanya kepada kira-kira 30,000 warga industri Selangor yang menghadiri Program Perdana Menteri Bersama Warga Industri Selangor di kilang Proton Holdings Bhd di Shah Alam.

Beliau berkata jika ekonomi negara tumbuh pesat dan rakyat menguasai teknologi canggih, banyak barangan Malaysia dapat dicipta dan dikeluarkan sendiri untuk bersaing di peringkat dunia dengan harapan Malaysia diterima sama seperti Jepun, Korea Selatan dan Cina.

"Ini adalah sesuatu yang boleh dilakukan kita kerana kita mempunyai semangat dan semangat ini akan ditransformasikan, akan diterjemahkan kepada kerja-kerja yang semakin lama semakin canggih," katanya.

Dr Mahathir berkata warga industri, yang mendengar amanat Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini, perlu tahu peranan masing-masing dalam membantu memajukan negara.

"Kita ingin duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan manusia-manusia lain di dalam dunia ini. Kenapa tidak? Kita mempunyai kebolehan sama seperti mereka, kita telah membuktikan kebolehan kita setakat ini tetapi kita harus terus maju supaya kita akan jadi negara yang benar-benar sudah maju," katanya.

Dr Mahathir berkata jika dahulu, Malaysia terpaksa meminta bantuan Jepun untuk mengeluarkan Proton Saga tetapi kini syarikat-syarikat automotif dari Jepun, Korea Selatan dan Amerika Syarikat datang berunding dengan Proton untuk mengikuti kebolehan warga kerja pengeluar kereta nasional itu, yang tahapnya telah meningkat.

"Inilah harapan kita semua, inilah harapan kerajaan... kerjasama antara kerajaan dan rakyat akan mencapai matlamat yang ditentukan untuk kita," katanya.

Dr Mahathir berkata sumbangan golongan pekerja kepada pembangunan negara mesti dihargai dan mereka harus mendapat bahagian masing-masing hasil peningkatan ekonomi negara.

Pada masa sama, beliau berkata Malaysia tidak akan bankrap seperti beberapa negara Eropah kerana kerajaan sedia ada bijak menguruskan negara ini.

"Kalau sesuatu itu berjalan dengan baik, janganlah nak cuba perbetulkan.

Kita harus jaga apa yang ada pada kita sekarang.

"Sistem pentadbiran demokrasi yang telah beri banyak nikmat kepada kita... kita harus sokong," katanya merujuk kepada kerajaan pimpinan BN.

- Bernama

1 comment:

Anonymous said...

Auta punya keling....kau dulu buat apa sampai duit Malaysia habis..??