Derma Untuk Dana PRU 13

Tuesday, April 17, 2012

Diarak kerana bermain dengan bini orang


Pasangan diarak selepas perbuatan sumbang. | foto Hiasan

INDRAMAYU, (WarkahDaily) -- Seorang lelaki terpaksa menanggung aib apabila dia diarak dalam keadaan berbogel oleh penduduk setempat selepas ditangkap ketika sedang berasmara dengan isteri orang.

Ran, 39, dari Kabupaten Subang, Jawa Barat itu terlebih dahulu diarak mengelilingi kampung berkenaan dalam keadaan berbogel sebelum diserah kepada pihak berkuasa akibat perbuatan meniduri isteri orang.

Kejadian itu berlaku selepas penduduk melihat suami wanita berkenaan sedang bergaduh dan cuba meleraikannya. Namun selepas mengetahui hal sebenar, kejadian sebaliknya berlaku apabila penduduk turut marah dengan Ran dan membawa lelakii berkenaan untuk diarak ke seluruh kampung.

Menurut berita tempatan dari kumpulan Jawa Pos (JPNN), sebelum kejadian, Das, 29, yang sudah lama tidak tinggal sebumbung dengan suaminya sedang asyik melakukan hubungan seks dengan temannya, Ran di rumah orang tua Das di Dusun Kedung Waru, Kecamatan Gabuswetan pada Sabtu. Namun kegiatan haram mereka terbongkar selepas kegiatan itu diterjah oleh suami Das sendiri yang tiba-tiba muncul di tempat kejadian.

Berang melihat isterinya sedang berasmara dengan lelaki berkenaan, suami Das terus ‘mengajar’ Ran dan mula berlaku pergaduhan. Akibat bising kerana teriakan lelaki yang dalam keadaan terkejut itu telah menyebabkan penduduk setempat tersedar dan terjaga.

Pada mula pergaduhan mereka cuba dileraikan penduduk selepas melihat Ran dipukul suami wanita berkenaan, namun selepas mengetahui hal sebenar, penduduk turut marah dengan lelaki itu.

Tanpa mendapat apa-apa arahan, penduduk langsung mengarak Ran mengelilingi kampung dalam keadaan bogel, kemudian dibawa menuju ke pejabat ketua kampung.

Selepas mendapat laporan, polis Gabuswetan terus bergegas ke tempat kejadian dan membawa lelaki malang itu ke hospital Bhayangkara Losarang dan ia kini masih menerima rawatan akibat kejadian berkenaan.

Ketua balai polis Gabuswetan, AKP Setyo Aji melalui Ketua Unitnya, Bripka Sutarko telah pun mengesahkan kejadian berkenaan.

“Suami wanita berkenaan kini masih lagi dalam siasatan polis. Manakala mangsa masih lagi di hospital untuk menjalani rawatan kerana keadaan kritikal,” kata Bripka Sutarko.

No comments: