Derma Untuk Dana PRU 13

Tuesday, April 17, 2012

Dr Mahathir jalani pembedahan kecil


 
 Tun Dr Mahathir Mohamad
KUALA LUMPUR -  Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pagi ini bagi menjalani pembedahan kecil untuk mengeluarkan polip pada rongga hidung.

Pasukan perubatan yang diketuai Prof Dr Abdullah Sani Mohamed (Perunding Pakar Bedah ENT (telinga, hidung dan tekak) PPUKM), Prof Datuk BS Gendeh (Perunding Pakar Bedah ENT PPUKM),  Prof Joanna Ooi (Perunding Pakar Bius, PPUKM) dan Datuk Dr Hassan Mohamad Ariff (Perunding Pakar Bius, IJN) melakukan pembedahan selama sejam bermula 9.30 pagi.

Bekas Perdana Menteri kini diletakkan di bawah pemantauan di wad biasa.

Beliau dijangka akan berada di hospital untuk beberapa hari akan datang.

Lawatan pada masa ini hanya dihadkan kepada anggota keluarga. - Bernama

No comments: