Ibrahim Ali makin menggila.. sebelum Ibrahim Ali cadangkan untuk gugurkan nama Islam dalam parti PAS. Apakata Ibrahim Ali suruh United Malays National Organisation (Umno) gugurkan nama Melayu dalam parti United Malays National Organisation (Umno). Memandangkan United Malays National Organisation (Umno) bukannya
memperjuangkan bangsa Melayu tetapi memperjuangkan kroni-kroninya
sahaja. Buktinya.. dimana orang Melayu setelah 55 tahun negara merdeka.
Ramai yang masih merempat, jauh sekali untuk menguasai 30% ekuiti
bumiputra..
Perkasa cadang Majlis Fatwa kaji gugur nama Islam dalam PAS
PASIR MAS - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencadangkan
Majlis Fatwa Kebangsaan mengadakan muzakarah bagi membincangkan
kewajaran PAS menggunakan perkataan Islam pada parti itu.
Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata sudah sampai masanya majlis fatwa
berbuat demikian memandangkan ia boleh mengelirukan umat Islam, terutama
di kalangan penyokong fanatik parti itu.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis ceramah di sini malam tadi,
beliau berkata ada yang menganggap setiap tindak tanduk atau kenyataan
daripada pemimpin PAS sebagai tuntutan Islam.
Contohnya ialah seperti kenyataan Mursyidul Am PAS , Datuk Nik Abdul
Aziz Nik Mat yang mewajibkan umat Islam khasnya penyokongnya menyertai
perhimpunan yang dianjurkan pertubuhan bukan kerajaan yang menimbulkan
kekacauan di ibu negara baru-baru ini.
“Sedangkan beliau (Nik Aziz) sendiri tidak menyertai perhimpunan itu,
yang menyebabkan beberapa orang awam dan anggota polis cedera,” katanya.
Menyeleweng jauh
Beliau berkata ini menunjukkan Pas telah menyeleweng jauh dari Islam dan
seolah-olah fahaman yang dibawa PAS semuanya adalah tuntutan Islam.
Ibrahim yang juga Anggota Parlimen Pasir Mas dalam pada itu berkata
beliau sanggup mendedahkan lebih banyak penyelewengan dan penyalahgunaan
kuasa pemimpin parti itu, terutama berkaitan pembelian tanah yang
melibatkan pemimpin parti itu.
“Saya sedia membawa perkara itu kepada pihak polis dan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah (SPRM) jika ada pemimpin parti itu sanggup mencabarnya
berbuat demikian,” katanya.
Presiden pertubuhan bukan kerajaan, Jalur Tiga (JATI) yang juga bekas
Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang turut serta pada majlis
ceramah itu berkata JATI akan menghantar satu memorandum tuntutan 10
perkara kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, jika
anggotanya mencecah 100,000 orang.
Antara tuntutan utama ialah menggesa kerajaan menjadikan mata pelajaran
agama Islam sebagai mata pelajaran wajib di peringkat peperiksaan Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR); Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). ~bernama
No comments:
Post a Comment