Derma Untuk Dana PRU 13

Sunday, May 20, 2012

PAS Persoal Tindakan Kerajaan BN Membenarkan Parti Komunis China Datang Ke Felda Lurah Bilut!


KUALA LUMPUR, 20 Mei - PAS mengesyaki ada agenda tersembunyi di sebalik tindakan kerajaan membenarkan ­kunjungan delegasi Parti Komunis China (PKC) ke Felda Lurah Bilut, Bentong Pahang, pada 12 Mei lalu. Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman (foto) berkata, sedangkan sebelum ini isu komunis sangat sensitif di kalangan masyarakat. Malah, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dikecam hebat kerana dikatakan membela komunis. "Difahamkan PKC membuat lawatan sambil belajar dan berminat dengan pelaburan Felda Global Ventures. Kita tak kisah yang itu, tapi perkara pokoknya kenapa lawatan dibuat atas nama parti? Adakah kerajaan mengiktiraf PKC?" katanya kepada Harakahdaily hari ini. Mazlan juga berkata, kerajaan bersikap "double standard" apabila menyambut kedatangan PKC sebaliknya menyekat Anak dan pemimpin Pakatan Rakyat bertemu masyarakat Felda. "Pakatan Rakyat sering dihalang daripada masuk ke Felda, program disekat, tapi PKC senang-senang sahaja boleh masuk, menerima layanan baik daripada pihak pengurusan Felda," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat. Sehubungan itu, Pakatan Rakyat Parlimen Bentong membuat laporan polis berhubung perkara ini semalam. Mereka bimbang wujud elemen negatif memandangkan di Felda Lurah Bilut terdapat peneroka kaum Cina.

Bukti, kain rentang yang menghebahkan program tersebut baru-baru ini

[Kerajaan perlu jujur menjawab persoalan isu "komunis" ini. Ramai yang kini tertanya-tanya apakah motif Parti Komunis China itu dibawa masuk ke Felda?. Tindakan ini jelas sekali membuktikan bahawa kerajaan mengkhtiraf parti komunis itu sebenarnya. Maka itu, kenapa mereka begitu lantang berbunyi ketika isu Mat Sabu persoalkan perjuangan Mat Indera ketika bersama komunis menentang British di Bukit Kepong dulu?. Inilah yang menyebabkan rakyat jadi keliru dan tertanya-tanya. Apakah kerajaan jujur dalam isu ini atau sekadar gimik politik semata-mata. Kini, rakyat boleh menilai apa yang berlaku kepada Mat Sabu hanyalah sandiwara yang bertujuan untuk mengalih sokongan orang Melayu kepada UMNO BN pada pilihanraya umum akan datang ini. Kebenaran kini terserlah jua akhirnya].

No comments: