Derma Untuk Dana PRU 13

Monday, October 8, 2012

Gout: tolong jaga makan:







WALAUPUN telah seminggu kita menyambut Hari Raya Aidilfitri, kemeriahannya masih terasa dengan sambutan dan jemputan menghadiri rumah terbuka.Setelah sebulan organ perut ‘direhatkan’ kini segala organ dalam badan mula bekerja keras semula.Pemakanan yang tidak terkawal boleh mengundang pelbagai jenis penyakit misalnya gout.Penyakit gout kini semakin banyak menyerang terutama di kalangan lelaki berusia 40 tahun ke atas namun terdapat juga mereka yang berusia bawah 30 tahun menghidapinya.Apa sebenarnya penyakit gout?

Pakar Runding Perubatan, Pusat Perubatan Taman Desa, Datuk Dr. G. Selvaraju berkata, gout adalah sakit yang melibatkan sendi-sendi kecil pada kaki dan tangan.“Paling biasa berlaku pada sendi-sendi jari kaki dan tangan tetapi boleh juga berlaku di pergelangan tangan, siku dan lutut," katanya semasa ditemui di pejabatnya baru-baru ini.Keadaan ini berlaku disebabkan oleh peningkatan asid urik di dalam darah dan apabila tahap asid urik ini terus meningkat, sebahagiannya membentuk kristal pada bahagian sendi lalu menyebabkannya sakit, sukar bergerak dan bengkak. Read More

Cpj: Ada kengkawan cpj yang ada penyakit gout, kemudian makan ubat setiap hari namun tidak menjaga makan, mana mungkin gout akan sembuh!!! Sesungguhnya kebanyakan penyakit itu berpunca dari perut yeop!
Terima kasih kepada zairee@utusan online yang kongsi ilmu dengan cpj. Salam eidil fitri...bila jalan raya tu, jaga makan...k?

No comments: