Badan penyiaran British, BBC melaporkan, kenduri ini sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Namun, Ali dilaporkan berkata, kenduri perkahwinan anak beliau yang
disertai 130,000 orang ini diuruskan oleh keluarganya sahaja.
Menurut BBC, para pemimpin pembangkang bertanya, bagaimana dia boleh
menampung segala perbelanajaan untuk kenduri ini melalui gajinya sebagai
ketua menteri.
Menurut wartawan BBC, Jennifer Pak, rakyat Malaysia sejak kebelakangan
ini terpaksa membayar lebih untuk makanan dan petrol selepas kerajaan
banyak memotong subsidi.
"Dakwaan rasuah lebih sensitif sekarang," lapor wartawan BBC itu.
Timbalan Ketua SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdul berkata, penyiasatan sudah
dimulakan dan pihaknya memerlukan masa untuk menyelesaikannya.
"Kita akan menyiasat satu persatu dan melihat berapa banyak wang yang
dibelanjakan dan siapa yang membayarnya," kata beliau sebagaimana yang
dipetik BBC dari Bernama.
"Kehebatan majlis perkahwinan ini adalah satu lagi tanda kerajaan yang
ada sudah hilang sentuhan dengan rakyat," kata wartawan kami, lapor BBC.
~harakahdaily
No comments:
Post a Comment