Hanya kerana diejek ‘gila’, dua lelaki
warga Kemboja dipercayai bertindak kejam memukul dan mencekik seorang
kanak-kanak berusia lima tahun sehingga mati sebelum mayatnya dibungkus
lalu dicampak dalam semak di belakang sebuah rumah di Kampung Sungai
Udang di sini kelmarin.
Mayat Syed Rasikin Syed Ismail ditemui
bapanya yang berumur 35 tahun kira-kira pukul 10 malam ketika gerakan
mencari anak tunggalnya bersama penduduk kampung dijalankan selepas dia
didapati tidak pulang ke rumah pada pukul 7 malam.
Kali terakhir Syed Rasikin dilihat ibunya, Asimas, 30, pada pukul 6 petang semasa anaknya bermain di kawasan rumahnya.
Difahamkan ibu bapa mangsa juga
merupakan warga Kemboja dan mereka mengenali suspek kerana bekerja
bersama sebagai tukang jahit di sebuah rumah.
Ketika gerakan mencari tersebut, kedua-dua suspek turut berpura-pura membantu mengesan mangsa.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan,
Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, mangsa disahkan meninggal
dunia di sebuah klinik di Pekan Teluk Pulai di sini sebelum dihantar ke
Hospital Tengku Ampuan Rahimah.
Menurut beliau, seorang jiran yang mencurigai kematian itu telah menghubungi polis dan siasatan mendapati ada unsur jenayah.
No comments:
Post a Comment